fbpx

Malaysia kecewa, kalah penalti

SKUAD Harimau Malaya tewas 0-3 kepada Tajikistan menerusi penentuan sepakan penalti dalam perlawanan akhir Piala Raja Thailand di Stadium Chiang Mai, sebentar tadi.

Kegagalan Dion Cools, Nazmi Faiz Mansor dan Safawi Rasid menyudahkan tiga sepakan awal Harimau Malaya membolehkan Tajikistan meraih kemenangan.

Kekalahan itu meletakkan pasukan Malaysia kendalian Kim Pan Gon sebagai naib juara kejohanan berkenaan sekali gus meranapkan impian negara untuk menjulang Piala Raja Thai selepas 44 tahun.

Pan Gon melakukan beberapa perubahan berbanding ketika berdepan Thailand sebelum ini dengan meletakkan Syafiq Ahmad, Mohamadou Sumareh, Akhyar Rashid dan Nazmi Faiz Masor dalam kesebelasan utama.

Bagaimanapun, hujan ketika perlawanan menjejaskan persembahan kedua-dua pasukan yang dilihat sukar untuk melakukan gerakan dalam keadaan padang yang teruk.

Babak kedua, aksi kedua-dua pasukan lebih menarik dengan 10 minit terakhir Tajikistan banyak melakukan serangan sekali gus mencemaskan kubu Harimau Malaya.

Namun ketangkasan penjaga gol, Syihan Hazmi Mohamed mengecewakan pasukan lawan termasuk rembatan deras Manuchehr Safarov pada minit ke-82.

Kebuntuan kedua-dua pasukan mencipta jaringan hingga wisel penamat menyaksikan pemenang terpaksa ditentukan dengan sepakan penalti.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles