fbpx

Banjir kilat di Johor, 6 PPS dibuka meningkat ke 200 mangsa

JOHOR BAHRU – Lima lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Johor, menjadikan keseluruhannya enam PPS sedang beroperasi di negeri ini yang menempatkan kira-kira 200 mangsa banjir kilat, setakat jam 4 petang tadi.

Terdahulu, sebuah PPS dibuka di Sekolah Agama Seri Bengkal, Batu Pahat, pada jam 8 pagi tadi yang menempatkan 69 mangsa banjir membabitkan 22 keluarga dari Kampung Seri Bengkal.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD), sebuah lagi PPS dibuka di Batu Pahat, iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Peserai.

“Dua PPS dibuka di daerah Pontian, iaitu di Pusat Kokurikulum Johor, Sungai Tempayan, dan Sekolah Agama Kayu Ara Pasong.

“Bagi daerah Johor Bahru pula, dua PPS dibuka di Dewan Raya Gelang Patah dan SK Nong Chik,” menurut jawatankuasa itu dalam kenyataan hari ini.

JPBD memaklumkan, sebanyak 12 kawasan di Johor dilaporkan terjejas akibat banjir kilat berikutan hujan lebat bermula jam 6.30 pagi.

Antara kawasan yang terjejas ialah Kampung Seri Bengkal dan Kampung Bintang Peserai di Batu Pahat, serta Taman Dato Syed Mohd Idrus, Kampung Baru dan Kampung Mohd Amin di Johor Bahru.

Di Pontian pula ialah Kampung Sungai Mulih, Pekan Nenas; Kampung Parit Sapran; Kampung Parit Haji Omar; Jalan Mohsin, Kayu Ara Pasong; Kampung Parit Haji Siraj; Parit Lapis, Kayu Ara Pasong; dan Kampung Parit Abdul Rahman. – BERNAMA

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles