fbpx

Mahkamah perli polis, beri alasan 200kg ganja dimakan tikus

UTTAR PRADESH – Hakim mahkamah Uttar Pradesh, Sanjay Chaudhary secara sinis memperli pihak polis dengan menyifatkan tikus disifatkan sebagai haiwan kecil yang tidak ‘gentar’ dengan pihak berkuasa.

Kenyataan itu gara-gara, polis mendakwa kehilangan hampir 200 kilogram (kg) ganja rampasan yang disimpan di balai polis kerana dimakan tikus.

Alasan itu diberikan apabila mahkamah meminta polis mengemukakan bukti, mereka memaklumkan sebanyak 195kg ganja itu ‘dimusnahkan’ tikus.

“Sukar untuk melindungi dadah daripada (tikus),” katanya secara sinis apabila mendengar alasan polis.

Difahamkan, ini bukan kes pertama membabitkan ganja kerana menurut Chaudhary, kira-kira 700kg ganja yang disimpan di balai polis di daerah Mathura turut menerima nasib sama.

Beliau berkata polis tidak mempunyai kepakaran dalam menangani perkara itu memandangkan tikus ‘terlalu kecil’.

Pada 2018, lapan pegawai polis Argentina dipecat selepas mereka turut ‘menyalahkan’ tikus kerana kehilangan setengah tan ganja dari gudang polis.

Namun, pakar mempertikaikan dakwaan berkenaan dan menyatakan bahawa tidak mungkin tikus keliru di antara ubat dan makanan.

Malah, jika betul, sudah semestinya banyak bangkai tikus akan ditemui di gudang berkenaan.

Satu kajian yang diterbitkan pada 2019 mendapati bahawa, apabila tikus makmal diberi makan sebatian yang dicampur ganja, ia cenderung menjadi kurang aktif dan suhu badan juga turun. – Agensi

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles