fbpx

Wanita curang ditikam 27 kali hingga maut

BANGKOK – Seorang wanita bertindak di luar kewarasan selepas menikam perempuan simpanan teman lelakinya sehingga mati sebanyak 27 kali di dalam bilik air sebuah pusat beli-belah di Thailand.

Dalam kejadian pada Rabu, polis menemui mayat Xiong Ziyi, 34, dalam keadaan tertiarap di dalam bilik air wanita di Urban Square Shopping Centre dengan 27 kesan luka di badannya.

Pihak berkuasa turut menemui sebilah pisau pengupas buah sepanjang 15 sentimeter yang berlumuran darah di sebelah mayat mangsa.

Suspek dikenali sebagai Tang Jun, 36, ditahan oleh pengawal keselamatan di lokasi kejadian untuk diserahkan kepada kepada polis.

Seorang saksi, Malun Kaenkaew, 55, berkata, kedua-dua wanita warga China itu dilihat makan bersama sebelum kejadian.

Menurutnya, mereka kemudian bertengkar yang menyaksikan Tang Jun menghunus pisau ke perut mangsa sebelum menyeret wanita malang itu ke bilik air.

Pengawal keselamatan, Phatrawut Sangthawee, 28, pula memberitahu, Tang Jun masih menikam Xiong Ziyi ketika dia memasuki bilik air berkenaan.

Dia memisahkan mereka dan merampas pisau daripada Tang Jun, dan mangsa didapati dalam keadaan tidak bernyawa.

Menurut laporan TheThaiger.com, suspek mendakwa mangsa mempunyai hubungan sulit dengan teman lelakinya, seorang warga Rusia.

Siasatan polis mendapati suspek memasuki Thailand menggunakan visa pelancong dan tinggal melebihi masa.

Superintendan Marutsood Nongbua berkata, suspek mengenali teman lelakinya menerusi aplikasi WeChat dan mengupah mangsa sebagai penterjemah bagi membantu komunikasi dengan lelaki berkenaan.

Bagaimanapun, Tang Jun kemudian mendapati mereka menjalinkan hubungan sulit dan memberi amaran supaya mangsa menjauhi kekasihnya itu.

Mangsa dikatakan mengugut untuk menyebar video dan gambar bogel suspek di WeChat yang mengakibatkan wanita itu semakin marah.

Begitupun, polis percaya suspek merancang pembunuhan berkenaan kerana dia membawa pisau bersamanya ke restoran tersebut sebelum membunuh mangsa. – Agensi

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles