fbpx

Perkahwinan anak Jokowi gah, lebih 40 jet peribadi dijangka hadir

MOSCOW – Lebih 40 jet peribadi dijangka tiba di Indonesia bagi menghadiri majlis perkahwinan anak Presiden Jokowi, Kaesang Pangarep.

Bagaimanapun sistem komunikasi udara dijangka kekal stabil, wakil Kesatuan Penerbangan Yani Ajat Hermawan berkata pada Jumaat.

Sekitar 45 jet dijadual tiba esok sempena majlis perkahwinan itu, lapor Sputnik.

“Kami telah menyediakan tempat yang mencukupi untuk jet-jet peribadi mendarat. Tetapi ia tidak bermakna majlis perkahwinan itu akan menjejaskan penerbangan biasa,” kata pengurus Kesatuan Penerbangan itu, dipetik akhbar Kompas.

Senarai nama tetamu juga tidak didedahkan kerana pihaknya hanya memperoleh nombor pendaftaran jet berkenaan.

Pangarep adalah anak bongsu Presiden Indonesia Joko Widodo dan akan melangsungkan perkahwinannya esok di wilayah Boyolali di bahagian timur Jawa Tengah. – Bernama

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles