fbpx

Tanah runtuh: 13 mangsa disahkan terkorban

SHAH ALAM- Seramai 13 mangsa disahkan terkorban dalam kejadian tanah runtuh di sebuah tapak perkhemahan di Batang Kali setakat jam 11 pagi tadi.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, mangsa-mangsa terkorban dihantar ke Hospital Sungai Buloh dan Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Setakat ini ada mangsa terkorban telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh.

“Kita juga koordinasi dengan HKL untuk menghantar mangsa korban ke sana kerana masih ada mayat di lokasi,” katanya hari ini.

Sebelum itu, Ketua Polis daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah, berkata seorang kanak-kanak berusia lima tahun antara sembilan yang disahkan maut.

Katanya, semua mangsa membabitkan satu kumpulan sama yang menginap di tiga tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm sejak Rabu lalu, selain petugas di tapak berkenaan.

“Sehingga operasi menyelamat masih digerakkan membabitkan 394 anggota meliputi Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan pasukan SMART.

“Operasi turut dibantu unit anjing pengesan K9 daripada JBPM dan PDRM,” katanya.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles