Pencemaran bau, loji belum mula beroperasi

SHAH ALAM – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) akan memaklumkan perkembangan dari semasa ke semasa selepas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan LRA Bukit Tampoi masih belum beroperasi sehingga kini susulan pencemaran bau semalam.

Air Selangor memaklumkan, bacaan ton berkurang kepada kosong ton untuk LRA Sungai Semenyih, dan dua ton untuk LRA Bukit Tampoi setakat jam 8 pagi ini, namun loji masih belum boleh beroperasi.

“Loji ini hanya boleh mula beroperasi semula selepas bacaan kosong ton direkodkan sebanyak tiga kali berturut-turut.

“Air Selangor dan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) akan terus menjalankan pemantauan rapi ke atas kualiti air sungai di kawasan insiden pencemaran supaya LRA Sungai Semenyih dan LRA Bukit Tampoi dapat beroperasi semula dengan segera,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya hari ini.

Air Selangor juga akan memaklumkan perkembangan berkaitan insiden itu dari semasa ke semasa menerusi semua medium khususnya media massa.

Dalam pada itu, Air Selangor giat menggerakkan lori tangki bagi memberikan bantuan bekalan air kepada pengguna di kawasan terjejas selepas.

Katanya, bantuan bekalan air diberi keutamaan kepada premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian di sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

“Pengguna juga boleh mendapatkan senarai kawasan terjejas di https://hentitugas.airselangor.com/ serta menerusi aplikasi Air Selangor,” katanya.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles