Penunggang motosikal maut, rakan parah motosikal dihempap pokok

SEREMBAN – Seorang lelaki maut manakala rakannya parah selepas motosikal yang dinaiki dihempap pokok tumbang di Jalan Seremban-Tampin, dekat Kawasan Perindustrian Berat hala ke Tampin, di sini, tengah malam tadi.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, Muhammad Ikram Mohd Yazid, 21, parah di kepala maut di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof, berkata rakannya berusia 18 tahun yang membonceng, parah bahagian badan dan dirawat di unit kecemasan.

“Siasatan awal mendapati kemalangan ketika mangsa sedang bergerak dari arah Senawang menuju ke Rembau menaiki motosikal jenis Yamaha FZ.

“Setiba di tempat kejadian, sebatang pokok yang berada di kiri jalan tumbang lalu menghempap motosikal mangsa yang sedang bergerak.

“Akibatnya kedua-dua mangsa terperosok di bawah pokok yang tumbang. Penunggang disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pembonceng motosikal yang berusia 18 tahun di bawa ke Hospital Rembau untuk menerima rawatan di zon merah akibat kecederaan parah di bahagian badan.

“Mayat dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) bagi bedah siasat jam 9 pagi tadi,” katanya.

Nanda berkata, siasatan juga mendapati lokasi kejadian adalah jalan lurus, mempunyai dua lorong berlawanan arah dengan keadaan jalan gelap tanpa pencahayaan lampu jalan, namun cuaca dalam keadaan baik.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles