Modal hanya RM250, dapat untung AS$200 juta

KUALA LUMPUR – Dengan bermodalkan hanya RM250, dapat pulangan lumayan AS$200 juta. Begitulah cara satu sindiket skim pelaburan cepat kaya memperdaya ramai mangsa di negara ini.

Bahkan, kira-kira 100,000 mangsa dari pelbagai latar belakang terperdaya dengan sindiket berkenaan yang dipercayai beroperasi seawal tahun 2001.

Ia didedahkan Pengerusi Pertubuhan Jaringan Sahabat Malaysia (JSM), Mohd Radzi Abdul Rahman yang berkata, ahli sindiket akan menawarkan pelbagai jenis pakej pelaburan dengan pulangan lumayan menerusi grup WhatsApp.

“Mangsa-mangsa ini telah membuat pelaburan dalam jangka masa panjang menerusi pakej yang ditawarkan menerusi WhatsApp malah ada antara mereka yang telah melabur sejak tahun 2015.

“Demi meyakinkan mangsa, sindiket berkenaan menggunakan dokumen palsu dan mengaku kononnya pelaburan berkenaan mendapat sokongan pelbagai agensi antaranya Bank Negara Malaysia (BNM), dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) malah Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat,” katanya di sini hari ini.

Beliau ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul selepas selesai membuat laporan bersama sekitar 40 mangsa.

Mohd Radzi berkata, selepas menerima ratusan aduan daripada mangsa terbabit, pihaknya telah bertemu dengan pihak pengurusan tertinggi pelaburan berkenaan yang diuruskan oleh seorang ahli perniagaan tempatan.

“Jelas mereka (sindiket) gagal memberikan bukti sahih serta tiada sebarang dokumentasi sah. Lebih parah apabila kami menemui banyak dokumen palsu dan pelbagai helah digunakan bagi menutup perbuatan mereka.

“Malah ketika dihubungi, pihak BNM turut mengesahkan dana pelaburan berkenaan adalah palsu atau sesuatu yang berunsur penipuan, pihak kedutaan juga menafikan pembabitan mereka dengan pelaburan itu,” jelasnya.

Katanya, berdasarkan aduan ada mangsa yang rugi mencecah RM1.5 juta.

Sehubungan itu, Mohd Radzi menggesa pihak berkuasa supaya segera mengambil tindakan terhadap sindiket berkenaan bagi mengelakkan lebih ramai menjadi mangsa.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles