KBS tentukan nasib jurulatih tampar pemain wanita

KUALA LUMPUR – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bertanggungjawab menjalankan siasatan termasuk menentukan nasib jurulatih bola tampar wanita Melaka yang menampar pemain yang tular baru-baru ini.

Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying, berkata Kementerian Pendidikan (KPM) akan memantau rapat perkembangan siasatan berkenaan.

“Saya fikir Menteri Belia dan Sukan (Hannah Yeoh) dan Menteri Pendidikan (Fadhlina Sidek) akan mengikuti isu berkenaan untuk adakan siasatan.

“Tetapi keputusan kita tidak tahu. Mungkin kita serahkan kepada Menteri Belia dan Sukan untuk putuskan,” katanya hari ini.

KPM telah bertemu bersama ibu bapa dua pemain bola tampar perempuan bawah 14 tahun Melaka ditampar jurulatih itu, 2 Januari lalu.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata pertemuan itu adalah untuk mendapatkan maklum balas ibu bapa pelajar itu berkaitan insiden yang menimpa anak mereka.

Media sebelum ini melaporkan, rakaman insiden seorang jurulatih menampar dua pemainnya pada satu kejohanan bola tampar tular dalam media sosial.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles