Permohonan ambil pekerja asing cuma tiga hari

PUTRAJAYA – Permohonan majikan untuk menggaji tenaga kerja asing kini boleh diluluskan dalam tempoh tiga hari.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata perkara itu adalah sebahagian daripada beberapa keputusan Mesyuarat Khas Pengurusan Pekerja Asing yang berlangsung di Bangunan Perdana Putra, di sini, hari ini.

Katanya, majikan boleh mendapatkan tenaga kerja asing dari 15 negara sumber, tanpa perlu melalui prasyarat kelayakan penggajian serta kelayakan kuota.

Saifuddin berkata, Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing itu itu dipersetujui dengan didorong oleh unjuran keperluan pekerja asing yang diperlukan sektor penggajian pekerja asing ini.

“Mesyuarat bersetuju juga bahawa pelaksanaan Akta Pekerja 1955 khususnya Seksyen 60k yang dulunya dipinda dan diwartakan pada 1 Januari tahun ini, berkaitan dengan keperluan majikan untuk mematuhi contohnya gaji minimum, bayaran PERKESO dan sebagainya itu tetap terpakai.

“Tetapi, komitmen kerajaan ialah majikan kena memasukkan permohonan dan piagam pelanggan kita untuk pelaksanaan Akta Pekerja 1955 khususnya Seksyen 60k adalah kelulusan dalam tempoh kurang tiga hari.

“Boleh jadi satu hari, boleh jadi dua hari, boleh jadi tiga hari, yang kita namakan kelulusan bersyarat,” katanya pada sidang media bersama Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar.

Menurutnya lagi, Program Rekalibrasi Tenaga Kerja di bawah Pelan Rekalibrasi PATI yang berakhir pada 31 Disember lalu disambung bagi tempoh setahun berkuat kuasa serta-merta.

Beliau berkata, keputusan itu sebagai langkah untuk memenuhi keperluan tenaga kerja asing di negara ini.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles