Malaysia alami hujan lebat, ribut petir hingga Sabtu

KUALA LUMPUR – Hujan lebat dan ribut petir hampir seluruh negara dijangka bermula hari ini hingga Sabtu.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, pada petang ini, ribut petir dijangka berlaku di satu dua tempat di Pulau Pinang, Kedah, Perak, Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Melaka, Selangor, Negeri Sembilan , Sarawak (Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang) dan Sabah (Pantai Barat dan Kudat).

Sebelah malam pula, hujan dijangka berlaku di beberapa tempat di Pahang dan Terengganu, selain satu dua tempat di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka, Perak, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak (Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang) dan Sabah (Pantai Barat, Sandakan dan Kudat).

Jumaat

Esok, hujan di beberapa tempat dijangka dialami di Pahang, Kelantan, Terengganu dan Sabah (Pantai Barat), selain satu dua tempat di Johor, Perak dan Sabah (Pedalaman dan Tawau).

Sebelah petang, ribut petir dijangka membadai Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak (Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang) dan Sabah (Pantai Barat, Sandakan dan Kudat).

Malam pula, hujan dijangka berlaku di beberapa tempat di Perak, Pahang, Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Sabah (Sandakan, Tawau dan Kudat); manakala satu dua tempat di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor.

Sabtu

Pada pagi Sabtu, hujan dijangka melanda kebanyakan tempat di Pahang, Kelantan, Terengganu, manakala satu dua tempat di Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.

Pada petang, ribut petir dijangka membadai Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak (Kuching, Limbang, Serian, Samrahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, SIbu, Mukah, Kapit, dan Miri) dan Sabah (Labuan).

Sebelah malam, hujan dijangka di kebanyakan tempat di Perak, Pahang, Kelantan, Terengganu, manakala satu dua tempat di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Johor dan Sabah (Sandakan dan Kudat).

Amaran ribut petir juga dijangka melanda satu dua tempat di Sabah membabitkan Pedalaman, Pantai Barat dan Labuan.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles