fbpx

Dua beradik parah dilanggar pemandu mabuk

KLUANG – Kemalangan di kilometer 57 Jalan Batu Pahat-Mersing yang tular semalam dipercayai berlaku akibat pacuan empat roda dipercayai dipandu lelaki dalam keadaan mabuk.

Kejadian itu menyebabkan dua beradik parah selepas kereta jenis Toyota Vios dinaiki bersama keluarganya dari arah Kluang menuju Mersing dirempuh Nissan Navara dari belakang sebelum terbabas dan melanggar pokok pada bahu jalan.

Nur Hana Humaira yang berusia setahun enam bulan parah pada kepala, mengalami pendarahan otak serta cedera pada tulang pinggul, manakala kakaknya, Nur Aisyah Humaira yang berusia enam tahun parah pada kepala, mengalami pendarahan pada otak dan bengkak tulang rahang.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Md Noh, mengesahkan kejadian itu dengan dua beradik itu masih menerima rawatan di Zon Merah Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom.

Katanya, kejadian turut menyebabkan bapa mereka, 34, yang memandu Toyota Vios bersama isteri cedera dan mendapatkan rawatan di Zon Kuning hospital sama.

“Tangkapan telah dibuat terhadap lelaki berusia 29 tahun yang juga pemandu Nissan Navara oleh Pegawai Polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang.

“Suspek dipercayai mabuk semasa kejadian itu dan sampel darahnya telah diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi tujuan pemeriksaan toksikologi,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles