PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) menafikan badan induk itu dikawal atau menjadi ‘pak turut’ pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Malah Hamidin berkata, hubungan beliau dengan Tunku Ismail seperti seorang kawan karib yang sentiasa mendengar dan memberi cadangan serta pendapat bagi memajukan bola sepak tempatan.
“Hubungan saya dengan Tunku Ismail macam kawan rapat. Tunku Ismail tak pernah arahkan saya untuk buat keputusan menyebelahi pihak tertentu.
“Tunku Ismail selalu tanya pandangan saya dalam bola sepak dan beliau juga tidak lokek berkongsi pandangan dan cadangan yang bernas.
“Kalau ada orang kata FAM dikawal pun tak betul. Sebaliknya Tunku Ismail selalu ambil berat tentang bola sepak dan banyak membantu pasukan kebangsaan.
“Apa orang nak kata itu terpulang kepada mereka, kita tak boleh nak tutup mulut semua orang,” katanya.
Sebelum ini FAM sering menjadi tumpuan peminat bola sepak tempatan yang mendakwa badan induk itu cuba dikawal oleh Tunku Ismail.
Malah, ada juga yang mendakwa Tunku Ismail umpama ‘tangan ghaib’ dalam mencatur pemilihan pemain skuad Harimau Malaya pada setiap kejohanan antarabangsa disertai. – BH Online