PETALING JAYA: “Insya-Allah, semoga Allah gantikan dengan nikmat yang tidak disangka-sangka buatku dan anak-anak.”
Itu luahan isteri pelakon, Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri yang memuat naik hantaran seolah-olah memberi semangat untuk dia dan anak-anak selepas dilaporkan diceraikan suami, hari ini.
Nurul Shuhada turut mengulang siar petikan kata-kata semangat yang menyentuh tentang perhubungan cinta.
“Orang yang tepat akan tahu bagaimana untuk memegang cintamu. Orang yang tepat akan memilihmu seperti mana kamu memilihnya,” tulis petikan tersebut.
Terdahulu dalam satu laporan akhbar, Hafidz didakwa sudah menceraikan isterinya talak satu dengan bersaksikan keluarga.
Setakat ini, Hafidz masih gagal dihubungi untuk mengesahkan dakwaan tersebut.
Sebelum ini, pelakon Melastik Ke Hatimu itu terpalit kontroversi kononnya berlaku curang terhadap isterinya.
Malah, Hafidz juga telah memadam semua gambar Nurul Shuhada dengan alasan wajah isterinya hanya untuk tatapan dia sahaja.
Nurul Shuhada sebelum itu pernah meninggalkan komen sinis di salah sebuah hantaran Hafidz yang dikatakan merujuk kepada dakwaan curang suaminya. (Sumber Utusan Malaysia Online)