fbpx

Farid Kamil akan kemukakan dan perdengar di mahkamah semua tuduhan isteri

KUALA LUMPUR: Pelakon, Farid Kamil bakal mengemukakan ke mahkamah semua tuduhan yang dibuat isterinya, Diana Danielle menerusi Instagram, baru-baru ini.

Ujar Farid menerusi Instastory, kenyataan yang dikeluarkan Diana bercanggah dengan laporan polis yang telah difailkan.

“Kenyataan Diana yang dipaparkan bercanggah dengan laporan polis yang telah dibuat.

“Semua tuduhan dan fitnah yang direka itu, saya akan kemukakan dan perdengar di mahkamah,” tulisnya.

Diana baru-baru ini membuat pendedahan terbuka mengenai masalah dalaman yang berlaku dalam rumah tangganya.

Pelakon tersebut antara lain mendakwa Farid sudah empat bulan gagal memberi nafkah dan gagal membayar semula kos mengerjakan umrah mereka sekeluarga yang ditanggungnya.

Diana juga mendedahkan Farid membiarkan anak perempuan mereka, Aurora tidur di atas lantai berlapik sejadah depan tandas bilik bapanya.

Terdahulu, Diana pada awal bulan lalu memfailkan permohonan cerai terhadap Farid atas alasan tiada persefahaman dan berlaku perbalahan berpanjangan.

Farid bagaimanapun enggan melafazkan cerai tersebut.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 10 dan Nur Aurora, 8. (Sumber Utusan Malaysia Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles