SHAH ALAM: Pelakon, Farid Kamil, 42, menawarkan beberapa tawaran untuk memujuk isterinya, Diana Danielle agar menarik semula permohonan cerai yang difailkan pada Mac lepas.
Permohonan tersebut dinyatakan pelakon filem Anwar itu menerusi satu kenyataan yang dikongsikan, pagi tadi.
“Saya Farid Kamil menawarkan isteri saya tawaran seperti berikut sebagai usaha untuk menyelamatkan keluarga yang saya sayangi.
“Sebuah kereta Toyota Vellfire bernilai RM225,000, barangan kemas (RM10,700), wang pendahuluan nafkah untuk Mac hingga Jun (RM40,000),” tulis kenyataan tersebut.
Pada masa yang sama, Farid juga berjanji akan membayar semula kos perbelanjaan umrah berjumlah RM44,000 yang ditanggung Diana sebelum ini.
Farid pagi tadi hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam di sini bagi menjalani prosiding Sulh yang bermula sekitar pukul 11.40 am. Diana bagaimanapun tidak hadir ke prosiding terebut.
Diana, pada 10 Mac lalu, memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, dekat sini.
Permohonan itu dibuat atas alasan tiada persefahaman, berlaku shiqaq berpanjangan antara pasangan suami isteri tersebut.
Farid bagaimanapun enggan melafazkan cerai ke atas Diana.
Justeru, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) selain menetapkan 30 Mei depan sebagai tarikh bagi kedua-keduanya memaklumkan kepada mahkamah mengenai laporan berkaitan.
Farid dan Diana berkahwin pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8. (Sumber Utusan Malaysia Online)