KUALA LUMPUR : Hantaran dikongsi pelakon dan pengacara, Zulin Aziz, 34, di Instagram (IG), pagi tadi, menimbulkan tanda tanya peminat.
Melalui perkongsian itu, Zulin atau nama sebenar, Farah Azleenda Abdul Aziz meluahkan:
“Mungkin sampai sini sahaja kisah kami. Tiada persefahaman.
“Semoga yang baik-baik untuk masa akan datang. Insya-Allah masa merawat semuanya. Terima kasih untuk semuanya.
Lebih menimbulkan tanda tanya pengikut, luahan itu diiringi foto majlis pernikahan Zulin bersama suami, Farhan Norzaini, 35, pada 20 Februari tahun lalu.
Tindakan itu seolah-olah memberi bayangan berlaku sesuatu dalam hubungan rumah tangganya.
Semakan BH Online juga mendapati Zulin sudah memadam semua foto bersama Farhan dalam akaun media sosial berkenaan.
Pada ruangan komen, ramai peminat memberi maklum balas terkejut dengan entri dimuat naik Zulin berikutan selama ini, Zulin dan Farhan tidak pernah menunjukkan hubungan mereka bermasalah.
Sebelum ini, Zulin mendedahkan mengalami keguguran, akhir tahun lalu, melalui siaran langsung TikTok.
BH Online masih berusaha untuk mendapatkan komen Zulin mengenai perkara itu. (Sumber Berita Harian Online)