fbpx

MAIWP agih zakat untuk Asnaf


Majlis iftar perdana anjuran MAIWP untuk agih zakat kepada asnaf – Sumber Utusan Malaysia Online

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)mencatat sejarah apabila membuat pengagihan zakat terbesar iaitu hampir RM77 juta bagi menyantuni golongan-golongan asnaf melalui pelbagai program dan inisiatif sepanjang Ramadan ini.

Pengerusinya, Tan Sri Dr. Mohd. Daud Bakar berkata, ia adalah pendekatan dilakukan MAIWP untuk memberi satu manifestasi kepada pembayar zakat bahawa wang mereka digunakan dengan sebaik mungkin.

“Ini untuk memberi sentuhan terakhir sepanjang bulan Ramadan supaya masyarakat merasai keberkatan dan kemanisan wang zakat yang disumbangkan kepada Pusat Pungutan Zakat-MAIWP.

“Kita teruskan membayar baki sumbangan RM1,000 kepada semua penerima bulanan MAIWP iaitu semua ketua keluarga asnaf di Kuala Lumpur,” katanya pada Majlis Iftar Perdana dan Sumbangan Aidilfitri di Kompleks Darul Kifayah, Taman Koperasi Polis Fasa 2, Kuala Lumpur, kelmarin.

Pada majlis itu, MAIWP menyantuni seramai 278 anak-anak asnaf daripada Darul Kifayah dengan memberi ‘duit raya’ sebanyak RM300 setiap seorang berjumlah keseluruhan kira-kira RM90,000.

Mohd. Daud berkata, sumbangan tersebut adalah sebahagian daripada bantuan Aidilfitri yang MAIWP luluskan iaitu sebanyak lebih RM31 juta.

“Saya difahamkan sebahagian bantuan ini sudahpun disalurkan kepada golongan asnaf sejak awal Ramadan. Insya-Allah, bermula esok (semalam) pembayaran fasa kedua akan disalurkan ke akaun asnaf untuk meringankan beban mereka dalam persiapan menyambut hari raya nanti,” katanya.

Menurutnya, sehingga kini MAIWP menawarkan sebanyak 30 skim bantuan zakat yang merangkumi bantuan daripada aspek keperluan asasi, pendidikan, bantuan berdikari, kebajikan dan dakwah. – (Sumber Utusan Malaysia Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles