Sabah tewaskan Selangor di Likas

Pemain Sabah ceria selepas berjaya menundukkan Selangor 2-1 di Stadium Likas

KOTA KINABALU: Sabah FC sekali lagi mempertahankan kubu kuatnya di Stadium Likas apabila berjaya menghalang cubaan Selangor menundukkan pasukan Datuk Ong Kim Swee itu dengan kemenangan 2-1 dalam aksi Liga Super, sebentar tadi.

Gol skuad Sang Badak terhasil pada minit ke-24 dan ke-64, masing-masing disudahkan Saddil Ramdani dan kapten pasukan, Baddrol Bakhtiar melalui sepakan penalti dan tendangan percuma.

Saddil menyempurnakan tendangan penalti pada minit ke-24 selepas Baddrol dijatuhkan dalam kotak penalti Selangor ketika berdepan asakan pemain pasukan pelawat.

Selangor kemudian mendapat gol penyamaan menerusi cubaan Faisal Halim yang terkena palang gol sebelum bola melantun kencang ke bawah dan terus masuk ke gawang Sabah pada minit ke-51.

Sabah berjaya menjarakkan semula jaringan selepas mendapat sepakan percuma pada minit ke-64 oleh Baddrol yang menyaksikan sepakannya terus meluru ke arah gawang Selangor.

Jaringan itu yang mengubah kedudukan permainan kepada 2-1 melegakan pasukan Sabah yang sebelum itu agak tertekan untuk mencari gol selepas dibolosi Selangor.

Secara keseluruhan, kedua-dua pasukan bermain sama kuat dengan masing-masing berbalas serangan dan cubaan demi cubaan bermula seawal minit pertama permainan sehingga wisel penamat.

Kedua-dua pasukan dilihat sentiasa mencari peluang, namun sikap berhati-hati pertahanan masing-masing, di samping kesilapan beberapa percaturan dan gerakan menggagalkan usaha mencipta gol.

Aksi mendebarkan sejak babak pertama bertambah panas sepanjang babak kedua, terutama dengan masa tambahan yang berpanjangan sehingga minit ke-100 pasti sangat membimbangkan Sabah selaku pendahulu permainan.

Namun, Sabah akhirnya berjaya mengekalkan kedudukan 2-1, sekali gus menambah tiga mata untuk naik ke tangga ketiga carta Liga Super. (Sumber Berita Harian Online)

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles