fbpx

Kerajaan tetap akan bawa Jho Low pulang

Jho Low mungkin melakukan beberapa pembedahan plastik semasa dalam “pelarian”

KUALA LUMPUR: Kerajaan berpendirian akan tetap membawa pulang ahli perniagaan dalam buruan ekoran skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Low Taek Jho atau Jho Low ke Malaysia secepat yang mungkin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun mengakui proses membawa pulang Jho Low adalah sukar.

Katanya, kerajaan sudah berunding dengan beberapa negara untuk mempercepat proses membawa Jho Low pulang, namun, tidak mendedahkan negara-negara yang dirunding mengenai hal itu.

“Sudah tentu (mahu bawa pulang secepat mungkin). Ia merupakan pendirian (kerajaan) dan kita amat tegas sejak hari pertama lagi,”

“(Soal rundingan dengan negara lain), ia dirunding dengan negara-negara melalui saluran diplomatik. Ia melibatkan banyak negara, perkhidmatan perisikan, Interpol dan lain-lain.

“Kita tahu kedudukan di mana dia (Jho Low) berada dan kita berunding bagi mempercepatkan prosesnya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan ibu pejabat Persatuan Bulan Sabit Merah di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan yang menyatakan Malaysia sedang berunding dengan China bagi mengekstradisi Jho Low.

Media melaporkan, penulis bersama buku ‘Billion Dollar Whale’, Bradley Hope mendakwa kerajaan dipercayai berunding dengan China untuk mengekstradisi Jho Low.

Memetik sumber, Hope yang menulis perkara itu dalam satu laman web untuk mengesan Jho Low berkata, rundingan tersebut diadakan semasa kunjungan rasmi Anwar ke China pada Mac lalu.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution mengesahkan notis merah yang dikeluarkan oleh Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Low masih aktif.

Notis tersebut turut membabitkan lima individu lain yang terlibat dalam skandal 1MDB, antaranya Terence Geh Choh Heng, Casey Tang Keng Chee, Jasmine Loo, Eric Tan Kim Loong dan Nik Faisal Ariff Kamil. (Sumber Utusan Malaysia Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles