Kuala Lumpur: Kunjungan Presiden Indonesia Joko Widodo ke Malaysia selama dua hari mulai hari ini, mampu memperkukuhkan hubungan kedua-dua negara serta menyelesaikan isu-isu yang tertangguh.
Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata beberapa siri perbincangan melibatkan memorandum persefahaman antara Malaysia dan Indonesia akan turut ditandatangani dalam lawatan kerja itu.
“Ini termasuk juga dari segi perbincangan kawasan-kawasan sempadan kita melibatkan sempadan darat dan laut. Demikian juga dalam hubungan kita tentang persefahaman perdagangan dan bagaimana kita memantapkan lagi dari segi proses interaksi kedua-dua negara.
“Ia juga melibatkan soal-soal termasuk juga tenaga kerja dan sebagainya. Ini dilakukan daripada pelbagai kementerian yang turut mewujudkan persefahaman (kedua-dua negara),” katanya ketika ditemui di Parlimen hari ini.
Menurut Zambry, meskipun ini bukan kali pertama Jokowi melawat Malaysia, kunjungan beliau mampu mengeratkan hubungan kedua-dua negara yang bersahabat baik yang dilihat sangat penting bagi ASEAN dan hubungan serantau.
Sementara itu pada Selasa, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Sementara itu, mengenai isu kehilangan wanita warga tempatan di Thailand, beliau berkata Kementerian Luar Negeri telah menghubungi Kementerian Luar Thailand mengenai perkara itu.
“Pihak Kementerian Luar Thailand juga telah mengambil tindakan dengan berhubung dengan pihak keselamatan di sana bagi membantu mengesan dan mengenal pasti wanita berkenaan,” katanya.
Semalam, seorang wanita Malaysia berusia 22 tahun dilaporkan hilang di Thailand dan kali terakhir dilihat di daerah Mae Sai di wilayah Chiang Rai.
Wanita itu dilaporkan berada di Thailand atas urusan kerja. (Sumber Harian Metro Online)