fbpx

Ramai guru Bahasa Melayu, Inggeris bersara awal – Fadhlina Sidek

SHAH ALAM – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris antara paling ramai yang memohon bersara awal sejak dua tahun lalu.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, ia diikuti oleh guru Matematik, Pendidikan Islam, Sains dan Sejarah dengan jumlah keseluruhan seramai 6,890 pegawai.

“Berdasarkan rekod KPM, bilangan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang memohon persaraan pilihan berdasarkan enam opsyen utama tertinggi adalah Bahasa Melayu iaitu 2,862, Bahasa Inggeris (1,146) dan Matematik (1,015).

Fadhlina Sidek – Menteri Pendidikan

“Ia diikuti guru Pendidikan Islam (755), Sains (629) dan Sejarah (483). Bagi tahun 2023, kelulusan permohonan bersara pilihan masih dalam pertimbangan pihak agensi pusat,” katanya menerusi teks jawapan lisan yang dimuat naik menerusi laman rasmi Parlimen pada Isnin.

Fadhlina berkata demikian bagi menjawab soalan Zulkifli Ismail (Jasin-PN) yang meminta Menteri Pendidikan menyatakan statistik permohonan bersara pilihan dalam kalangan PPP secara perbandingan mengikut bidang kepakaran (opsyen) daripada tahun 2021 hingga 2023. (Sumber Sinar Harian Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles