fbpx

Coco Lee meninggal dunia akibat kemurungan

HONG KONG: Penyanyi terkenal, Coco Lee meninggal dunia pada usia 48 tahun.

Berita duka itu dikongsikan kakaknya Nancy Carol menerusi Facebook semalam.

Kata Nancy, Lee bertarung masalah kemurungan sejak beberapa tahun lepas.

“Dukacita dimaklumkan Coco menderita kemurungan sejak beberapa tahun lepas namun keadaannya semakin memburuk sejak beberapa bulan lepas.

Coco Lee meninggal dunia selepas beberapa hari koma

“Mendiang akhirnya tewas meskipun telah mendapatkan bantuan pakar dan berusaha sedaya upaya melawan penyakit tersebut,” tulisnya.

Lee dikejarkan ke hospital selepas ditemukan tidak sedarkan diri di kediamannya di sini. Mendiang bagaimanapun meninggal dunia selepas beberapa hari koma.

Lee mengecap populariti selepas memenangi pertandingan I Am a Singer. Beliau juga pernah menyanyikan lagu tema filem Mulan dan Crouching Tiger Hidden Dragon. (Sumber Utusan Malaysia Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles