Pengguna mengeluh perkhidmatan Maybank tergendala

PETALING JAYA – Orang ramai meluahkan rasa kesal selepas perkhidmatan perbankan Maybank tergendala sejak pagi tadi.

Tinjauan di media sosial mendapati rata-rata pengguna mengeluh selepas mereka gagal membuat sebarang transaksi menggunakan aplikasi M2U MY mahupun MAE.

Seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Fatin berkata, dia tidak dapat menggunakan sistem perbankan Maybank terutamanya untuk melakukan transaksi kepada pihak ketiga.

“Kenapa tidak dimaklumkan lebih awal sistem akan tergendala? Hari ini hari gaji orang nak selesaikan komitmen,” keluhnya.

Selain itu, seorang lagi pengguna berkata dia juga gagal membuat bayaran menggunakan kad debit Maybank di sebuah premis sebentar tadi selain tidak dapat membuka kedua-dua aplikasi perbankan di bawah Maybank untuk membuat bayaran secara imbasan kod QR.

Ramai pengguna mengeluh perkhidmatan perbankan Maybank tergendala sejak pagi

“Semua bermasalah Maybank hari ini, nak tambah nilai Touch N’ Go tak dapat, bayar pakai kad pun gagal habis satu kedai ingat aku tak ada duit,” ciapnya.

Dalam pada itu, orang ramai turut mengesyorkan agar pihak Maybank kekalkan penggunakan M2U MY seperti sebelum ini.

“Kenapa Maybank mahu tukar semuanya kepada MAE? Kekalkan fungsi sebelum ini di M2U MY lebih mudah atau lupuskan sahaja aplikasi MAE,” ciap Angela.

Sementara itu, Maybank melalui ciapan di Twitter memaklumkan kedua-dua aplikasinya sedang berhadapan kelambatan dan pihaknya sedang berusaha untuk menyelesaikan perkara itu secepat mungkin. – (Sumber KOSMO! ONLINE)

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles