Dua peluk Islam demi cari ketenangan, bina hidup lebih baik

GEORGE TOWN – Seorang lelaki dan seorang wanita melafazkan syahadah dalam  program ‘Dakwah Jalanan’ yang dikendalikan oleh Persatuan Infaq Kebajikan Umah Takaful Pulau Pinang (IKUT).

Mereka mengucapkan dua kalimah syahadah setelah berfikir panjang dan mendapat penerangan dalam banyak perkara termasuk soal akhirat dan rezeki.

Khaw Boon Cheng, 73, dan Tan Ai Theng, 50, mengucapkan syahadah yang dipimpin oleh Penaung IKUT, Zolkifly Md. Lazim.

Seorang warga China, nama ringkasnya ‘Kama’ (kanan) berusia 30 tahun, bersama seorang sukarelawan IKUT merakamkan gambar setelah berkesempatan mencuba memakai hijab dalam program Dakwah Jalanan di hadapan Masjid Melayu (Jamek) Lebuh Acheh, George Town, Pulau Pinang..

Bagi Boon Cheng, perjalanan hidupnya yang banyak merantau bagi mencari kesuaian hidup termasuk ke Singapura, memilih Islam sebagai cara hidup setelah yakin dan mendapatkan maklumat dari rakan-rakan Islam.

“Saya pernah bekerja di Singapura sejak sekian lama, namun pendapatan yang lumayan  bukanlah sesuatu yang dapat memberi kebahagian nyata.

“Apabila saya disahkan mengalami barah kulit, barulah saya terfikir apa akan jadi pada pengakhiran hidup ini.

“Kini saya sudah bersyahadah. Hati dan jiwa saya tiba-tiba merasa tenang. Saya yakin Allah SWT akan bantu saya dalam setiap rintangan yang dilalui,” katanya.

Sementara itu, Ai Theng berkata, Islam mengajar dirinya supaya jangan mudah berputus asa.

Dia yang mempunyai seorang anak perempuan orang kurang upaya (OKU) berusia 10 tahun, kini lebih bersemangat untuk memastikan anaknya itu terus terbela.

“Saya mendapat banyak maklumat bahawa Islam mengajar saya, sebagai ibu, kita jangan mudah berputus asa.

“Anak yang dikurniakan ini adalah anugerah dan amanahy dari Allah SWT. Saya yakin Islam akan menjaga hak-hak anak OKU ini,” katanya.

Tan Ai Theng (kanan) yang mempunyai seorang anak perempuan OKU, melafazkan syahadah yang dipimpin Zolkifly Md. Lazim di George Town, Pulau Pinang.

Sementara itu, Zolkifly berkata, dua mualaf berkenaan sebelum memeluk Islam telah diberi penerangan termasuk tiada sebarang paksaan untuk berbuat demikian.

“Mereka faham dan secara sukarela memilih Islam sebagai cara hidup. IKUT akan sentiasa memantau serta membantu keperluan hidup mereka ini,” katanya.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles