‘Yakinlah bahawa rezeki itu milik Allah SWT’ – Mualaf

GEORGE TOWN – Sebagai seorang cef, pernah satu ketika pendapatannya menjangkau lebih RM5,000 sebulan, namun dalam menempuh cabaran kehidupan, keadaan itu tidak kekal selamanya.

Malah, kerap juga gaji yang diharapkan tidak dibayar oleh majikan.  Ada juga majikan yang menghilangkan diri setelah dipercayai terbabit dalam judi pertarungan bola sepak.

Namun bagi seorang mualaf, Muhammad Tay Chong Leong, 43, walaupun gaji yang diperolehi agak lumayan memandangkan latar belakang pendidikannya tidak seberapa, ia bukan bermakna sentiasa dapat memberi ketenangan pada jiwanya.

Sebelum memeluk Islam, dia banyak merantau untuk bekerja sebagai seorang cef termasuk di Singapura, Thailand, malah dari Pulau Pinang tempat kelahirannya, dia akan ke Kuala Lumpur, Ipoh, Taiping dan beberapa tempat lain.

Semua ini kerana mahu mencari pendapatan yang lumayan.

“Sepanjang merantau, saya banyak bertemu pelbagai orang.

“Beberapa tahun lalu saya kenal seorang kawan. Saya tertarik dengan semangat, ketabahan serta keazamannya dalam mencari rezeki.

“Dari seorang bujang, kawan itu kemudian mendirikan rumah tangga, namun rezekinya tetap ada walaupun pendapatannya tidak seberapa. Malah dia masih mampu membantu apabila saya dalam kesusahan.

“Saya berfikir panjang dan dapat tahu keyakinan dari kawan berkenaan bahawa dia sentiasa  reda dan yakin bahawa rezeki itu milik Allah SWT. Dari situ, saya akhirnya lafazkan syahadah pada Mac lalu,” katanya.

Muhammad melafazkan syahadah yang diusahakan oleh Penaung Persatuan Infaq Kebajikan Umah Takaful Pulau Pinang (IKUT), Zolkifly Md. Lazim di bawah program ‘Komtar Bersyahadah, Dakwah Jalanan’.

Apabila ditanya perasaannya sebaik sahaja peluk Islam, beliau berkata: “Jiwa saya rasa tenang. Tenang yang belum dirasai sebelum ini”.

Menjawab pertanyaan sebelum mengakhiri perbualan, beliau berkata, dia memilih nama ‘Muhammad’ setelah disyorkan oleh kawan-kawan seagama dan juga sempena nama Nabi Muhammad SAW.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles