fbpx

Murid Sekolah Rendah Taimei memakai pakaian seragam berharga RM1,271

Tokyo: Hampir semua murid Sekolah Rendah Taimei, di daerah Ginza yang menjadi lokasi kediaman golongan kelas atasan Tokyo, kini memakai pakaian seragam rekaan jenama mewah Itali, Armani, lapor akhbar Jepun The Asahi Shimbun.

The Straits Times melaporkan, sekolah berkenaan mula memperkenalkan pakaian seragam sebagai satu pilihan untuk muridnya, pada 2018.

Langkah itu pada mulanya mencetuskan kekecohan kerana harga pakaian seragam yang tinggi.

Jurucakap berkata, lembaga pendidikan menerima lebih 60 aduan pada masa itu.

Set pakaian seragam asas, termasuk jaket, akan menyebabkan ibu bapa terpaksa membelanjakan kira-kira 40,000 yen (kira-kira RM1,271). Jumlah itu lebih dua kali ganda daripada pakaian seragam sekolah biasa.

Seorang penjaga berkata, pada masa itu, pakaian seragam musim panas dan musim sejuk, bersama aksesori, pula berharga kira-kira 80,000 yen (kira-kira RM2,542).

Hampir semua murid Sekolah Rendah Taimei, kini memakai pakaian seragam rekaan jenama mewah Itali, Armani

Lima tahun kemudian, hampir semua murid Sekolah Rendah Taimei dilihat memakai pakaian seragam Armani berwarna putih dan biru laut.

“Saya tidak pernah mendengar ibu bapa dan penjaga mengadu (mengenai pakaian seragam),” kata ibu bapa, yang anaknya bersekolah di Sekolah Rendah Taimei.

“Saya agak berbesar hati kerana Sekolah Rendah Taimei dipilih oleh Armani,” tambah ibu bapa itu.

Ditubuhkan pada 1878 dan terletak berhampiran persimpangan terkenal Ginza, Sekolah Rendah Taimei menerima jumlah permohonan kemasukan yang sangat tinggi setiap tahun.

Ramai ibu bapa mahu mendaftarkan anak mereka ke sekolah berkenaan kerana sejarah dan lokasinya.

Jurucakap sekolah berkata, mereka menerangkan dasar pakaian seragam itu kepada ibu bapa dan penjaga sebelum anak mereka diterima masuk. (Sumber Harian Metro Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles