Debat Rafizi vs Syahir: Syahir hanya membaca tak jawab soalan – Rafizi

PETALING JAYA – ‘Saudara Syahir tak menjawab soalan dan hanya membaca’

Demikianlah kata-kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dalam satu hantaran di akaun Facebooknya hari ini selepas majlis Debat Rafizi VS Syahir: Model Baharu Ekonomi Malaysia yang berlangsung malam tadi.

Ujarnya, dia cuba mendengar dengan teliti hujahan-hujahan yang dibentangkan oleh Penolong Setiausaha Agung Pas, Mohd. Syahir Sulaiman ketika pusingan kedua.

Namun, Mohd. Syahir dikatakan tidak menjawab soalan malah ‘berpusing-pusing’ hanya untuk memanjangkan jawapan yang dilontarkan.

“Saya teliti hujahan-hujahannya. Malangnya, saudara Syahir tak menjawab soalan dan hanya membaca.

“Sebab itu saya ajak berbahas kerana rekod-rekod daripada Presiden Pas sampai ke orang paling pandai dalam Pas pun moderator tanya soalan lain dia tak jawab dia pusing-pusing,” katanya.

Rafizi berkata fungsi debat untuk mendedahkan kepada rakyat tentang pelan ekonomi dibentangkan oleh PAS dan bukannya hanya membaca

Tambahnya lagi fungsi debat yang dilaksanakan adalah untuk mendedahkan kepada rakyat tentang pelan ekonomi yang dibentangkan oleh Pas.

“Rakyat tengok nak dengar apa pelan ekonomi Pas, bukan dengar saudara baca,” tulisnya.

Semalam, berlakunya debat antara Rafizi dan Mohd. Syahir yang disiarkan menerusi saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Debat tersebut mendapat perhatian meluas dan tular di media sosial hari ini terutamanya dalam kalangan golongan muda yang banyak berkongsikan potongan klip daripada program tersebut.

Ada diantara mereka menyifatkan intipati yang dikemukakan oleh Mohd. Syahir yang juga Ahli Parlimen Bachok itu tidak menjawab soalan malah hanya sekadar memanjangkan masa perdebatan.

Namun ada juga yang memuji tindakan berani Mohd. Syahir untuk kesudian berdebat bersama Rafizi walaupun beberapa ahli politik menolak sebelum ini.

“Rafizi bila ulas lima minit, dari minit pertama sampai akhir, jalan cerita tersusun, dia bagi kita faham apa visi dia,” komen Farhan.

“Ramai yang hina dan kutuk YB Mohd. Syahir tetapi sepatutnya dipuji sebab berani berdebat dengan Rafizi Ramli,” komen seorang pengguna pula. – (Sumber Kosmo Online)

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles