Peluk Islam setelah tertarik sikap rakan-rakan termasuk kerap mengaji  al-Quran

KOTA BHARU – Ibu bapanya berasal dari Thailand, namun dia dibesarkan dalam kalangan penduduk tempatan sekitar Tumpat dan mempunyai rakan-rakan dari  kalangan beragama Islam.

Pergaulan  dengan penduduk setempat menyebabkan dia tertarik dengan sikap rakan- rakannya yang sentiasa menjadi contoh selain membantu serta menghormatinya walaupun dia insan pekak.

“Saya tertarik dengan sikap rakan-rakan menyebabkan saya mengenali Islam dan akhirnya memilih Islam sebagai cara hidup.

“Bukan sahaja sikap rakan-rakan, malah mereka kerap mengaji al-Quran hingga saya mengenali apa itu al-Quran,” kata Siti Aminah Sophi Abdullah, 55, memulakan kisah bagaimana beliau memeluk Islam.

Jelasnya,   rakan-rakannya begitu baik dan sanggup membantunya terutama ketika beliau dalam kesusahan atau kesempitan hidup.

“Rakan-rakan saya memang ringan tangan. Malah mereka sentiasa menjaga pergaulan yang membuatkan saya tertarik untuk mengenali Islam,” katanya.

Ketika di usia muda,  Siti Aminah pernah bekerja sebagai tukang gunting rambut, namun pendapatannya tidak seberapa.

“Ada masaanya saya juga kesempitan hidup, namun rakan-rakan sentiasa membantu,” katanya yang memeluk Islam sejak 2004.

Menjelaskan lebih lanjut, Siti Aminah berkata, sebaik sahaja melafazkan syahadah, perasaannya begitu tenang dan merasakan bahawa Allah SWT itu ada.

“Itulah perasaan dan nikmat sebaik sahaja saya melafazkan syahadah  pada 2004,” katanya mengakhiri perbualan.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles