fbpx

Sepanyol muncul juara bolasepak wanita

SATU nama baharu terukir pada trofi Piala Dunia Wanita FIFA apabila Sepanyol menjadi pasukan kelima merangkul gelaran itu selepas menewaskan England 1-0 di sini pada Ahad, lapor Xinhua.

Olga Carmona menjadi tumpuan perlawanan apabila jaringannya pada minit ke-29 sudah cukup memastikan Sepanyol menjadi negara kedua selepas Jerman menjulang kedua-dua kejuaraan Piala Dunia lelaki dan wanita, dengan pasukan lelaki Sepanyol memenanginya pada 2010.

Perlawanan berlangsung di Stadium Australia yang penuh sesak menyaksikan pertembungan dua pasukan yang memasuki final kejohanan itu buat kali pertama.

Pada aksi separuh akhir, England menyingkirkan tuan rumah bersama Australia 3-1, manakala Sepanyol telah mengatasi Sweden dengan kemenangan sukar 2-1.

Sepanyol muncul juara Piala Dunia Wanita FIFA 2023 selepas menewaskan England 1-0 dalam perlawanan akhir di Sydney pada 20 Ogos 2023

Kedua-dua pasukan menampilkan persembahan seimbang dengan masing-masing mencipta peluang sejak wisel perlawanan ditiupkan.

Lauren Hemp hampir meletakkan England di depan pada minit ke-16, tetapi rembatan kaki kirinya terkena palang.

Tersentak dengan percubaan itu, Sepanyol bangkit melakukan serangan balas seminit kemudian apabila Alba Redondo melakukan rembatan yang ditepis penjaga gol England, Mary Earps.

La Roja akhirnya memecah kebuntuan apabila Carmona menyudahkan hantaran Mariona Caldentey dari sebelah kiri menerusi satu sepakan kencang mengatasi Earps. (Sumber Sinar Harian Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles