fbpx

5 Rumah Tangga Yang Mengundang Perhatian Netizen

Hidup berumah tangga, kita mengharapkan kebahagiaan. Namun bukan semua insan berpeluang merasai kebahagiaan berpanjangan. Ini berikutan ada rumah tangga yang runtuh di tengah jalan.

Tidak kira berapa usia perkahwinan, jika tiada lagi persefahaman semestinya jalan bercerai diambil.

Sebenarnya, tiada sebarang masalah pun dengan isu bercerai. Perkara yang menghangatkan suasana adalah apabila wujudnya orang ketiga dalam rumah tangga tersebut.

Kosmopolitan menyingkap beberapa rumah tangga yang dilanda kemelut sehingga ada yang menemui kegagalan untuk meneruskan kehidupan suami isteri. Tidak kurang juga yang mengamalkan poligami.

FARID KAMIL & DIANA DANIELLE

Sumber: FB Diana Danielle.

Pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle bercerai dengan talak satu yang dilafazkan di hadapan Hakim Syarie, Shukran Yusof di atas talian menerusi aplikasi Google Meet.

Diana membuat permohonan cerai di atas talian dengan alasan tiada lagi persefahaman, berlakunya shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi meneruskan kehidupan sebagai suami isteri.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012. Mereka mempunyai dua anak iaitu Muhammad, 10 tahun dan Nur Aurora, 8 tahun. Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam memerintahkan hak penjagaan anak-anak pasangan ini kepada Diana.

SYAMSUL YUSOF & PUTERI SARAH

Sumber: FB Puteri Sarah Liyana dan Instagram Syamsul Yusof

Kemelut rumah tangga pengarah, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana Megat Kamruddin semakin memuncak apabila pengarah itu mengaku sudah berkahwin dengan wanita bernama, Faghirah Kazaruddin atau Ira Kazar pada 6 Januari 2023. Apatah lagi apabila pernikahan itu dilangsungkan di Thailand.

Syamsul berkahwin dengan Puteri Sarah pada 8 Mac 2014 dan bercerai apabila Syamsul melafazkan talak satu pada 14 Jun 2023 di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Mereka dikurniakan dua anak iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.

VIEW CHIN DAN SHERMINE

Sumber: Instagram View Chin

Pempengaruh berbangsa Cina, View Chin, mencetuskan suasana hangat apabila didakwa menjalin hubungan sulit bersama pekerjanya, live host yang dikenali sebagai Amirah Aqilah atau Mira.

Isu rumah tangga ini mula menjadi bualan ramai apabila Shermine sendiri yang membongkar di media sosial mengenai kelakukan curang suaminya.

Keadaan semakin panas apabila Mira dilihat kembali membuat live bersama View Chin. Kenyataan Mira yang menyatakan dirinya sudah bersedia untuk menjaga anak-anak majikannya jika dia berkahwin dengan lelaki tersebut juga mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

ND LALA & FAUZIAH SARMAN

Usia perkahwinan yang telah mencecah 34 tahun akhirnya runtuh jua. Hal ini didedahkan oleh Fauziah Sarman bahawa ND Lala telah melafazkan cerai melalui WhatsApp pada 2 Ogos 2023 dan 8 Ogos 2023.

ND Lala atau Datuk Amir Amzah Salleh dikatakan mempunyai hubungan dengan kawan kepada penyanyi Shila Amzah. Bekas pasangan suami isteri ini berkahwin pada tahun 1989. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat anak iaitu Nurshahila, 33, Amir Syafiq, 30, Amir Syahir, 28, dan Nur Syuhada, 25.

ABANG TESLA & NURMAJDINA JAMARI

Nama Abang Tesla berlegar-legar di media sosial akibat memuat naik video mengenai poligami. Abang Tesla atau nama sebenarnya Muhammad Kahl Iltizam Yusry mengundang kecaman netizen kerana video solat subuh berjemaah dengan isteri pertama tiga jam sebelum majlis akad nikah dengan isteri kedua.

Alasan berkahwin lagi kerana belum dikurniakan anak walau telah berumah tangga selama lima tahun. Isu ini semakin hangat diperkatakan kerana netizen menganggap Abang Tesla tidak sabar untuk mempunyai anak.

Kini Abang Tesla mengamalkan poligami dengan dua isteri. Moga rumah tangga mereka diberikan kebahagiaan selamanya.

Kosmopolitan turut bersimpati dengan keadaan rumah tangga yang mengalami keruntuhan. Justeru marilah sama-sama kita mendoakan kesejahteraan setiap insan yang ada supaya rumah tangga yang didirikan tetap utuh walau ada sahaja ujian yang datang melanda.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles