fbpx

Al-Ittihad terus buru Mohammad Salah

LONDON: Liverpool menerima tawaran menakjubkan £215 juta (RM1.26 bilion) untuk melepaskan Mohamed Salah awal pagi tadi.

Wakil dari kelab Arab Saudi, Al-Ittihad berlepas ke London semalam untuk melakukan usaha terakhir mengikat bintang utama The Kop itu sebelum jendela perpindahan mereka ditutup pada Khamis ini.

Mereka terdesak untuk mendapatkan khidmat penyerang Mesir itu dengan tawaran mega lumayan £170 juta (RM999) yang boleh mencecah £215 juta dengan beberapa tambahan lain.

Difahamkan Salah ditawarkan gaji £2.45 juta (RM14.4 juta) seminggu untuk meninggalkan Anfield dengan beberapa insentif lain.

Mohammad Salah dipancing kelab Al-Ittihad dengan bayaran sebanyak £170 juta serta tawaran lain

Dia cuba dipikat dengan pulangan besar daripada hasil jualan jersi, bonus kemenangan £55,000 (RM323,000) serta peranan sebagai duta bagi sekurang-kurangnya tiga syarikat utama Arab Saudi sepanjang tempoh kontraknya.

Ia menyaksikan tambahan pendapatan £18 juta (RM105.7 juta) dengan setiap firma sanggup membayarnya £6 juta (RM35 juta).

Kelab Arab Saudi itu bertekad untuk mendapatkan pemain idaman mereka dan mendapat dorongan daripada beberapa ahli lembaga pengarah kelab Merseyside itu yang berkira-kira sama ada mahu menjualnya atau tidak.

Jika bidaan itu gagal, mereka akan berusaha sekali lagi apabila jendela perpindahan dibuka semula pada awal tahun depan.

Bos Liverpool, Jurgen Klopp berterusan menegaskan Salah tidak akan dijual tetapi wakil penyerang itu berminat untuk mendengar tawaran.

Salah memulakan semua tiga perlawanan Liverpool dalam kempen Liga Perdana Inggeris musim ini.

Dia berada dalam senarai penjaring dua kali, sambil melakukan dua umpanan gol.

Secara keseluruhan dia membuat 309 penampilan bersama The Reds sejak menyertai mereka pada tahun 2017. – (Sumber Berita Harian Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles