fbpx

Al-Nassr menang besar walau tanpa kelibat Cristiano Ronaldo

RIYADH: Cristiano Ronaldo tidak beraksi buat Al-Nassr awal pagi tadi namun mereka tetap berjaya melakar kemenangan besar 5-1 ke atas Ohod pada aksi Piala Raja Saudi.

Pendahulu penjaring gol terbanyak Liga Pro Saudi itu diberikan cuti daripada aksi pertandingan piala dan pasukannya tidak terasa kehilangan bintang Portugal itu apabila mereka meledak lima gol mengatasi lawan mereka di sebalik ancaman awal.

Dengan ketiadaan Ronaldo, Al-Nassr menampilkan pasukan yang terdiri daripada beberapa bintang ternama termasuk bekas pemain Liga Perdana Inggeris, Aymeric Laporte, Alex Telles dan Sadio Mane.

Para pemain Al Nassr merayakan gol Sadio Mane

Ohod, yang beraksi dalam divisyen dua kancah bola sepak Arab Saudi, berjaya mengekang lawan mereka pada babak pertama namun babak kedua ternyata sukar dibendung mereka apabila kelab Liga Pro itu bermaharajalela.

Mane membuka tirai jaringan pada perlawanan itu dengan Seko Fofana, Anderson Talisca, Ayman Yahya dan Sami Al-Najei turut menyumbang gol buat pasukan yang berpangkalan di Riyadh itu.

Mane hampir membuka tirai jaringan dalam tempoh 10 minit pertama apabila menyambut hantaran Talisca, tetapi berpeluang untuk meledak gol menerusi sepakan penalti apabila Abdulrahman Ghareeb dijatuhkan oleh Abdulrahman Al-Khaibari.

Bekas bintang Liverpool itu tidak melakukan kesilapan dan merembat leret ke penjuru kiri pintu gol lawan pada minit ke-16 untuk memberikan gol pendahuluan kepada pasukannya sekali gus meneruskan permulaan cemerlang kehidupan baharu di Timur Tengah. – (Sumber Berita Harian Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles