fbpx

Ronaldo kahwin lagi

CATALAN, Sepanyol: Legenda bola sepak Brazil, Ronaldo Nazario melangsungkan perkahwinannya buat kali ketiga.

Bekas penyerang Brazil berusia 47 tahun itu berkahwin dengan Celina Locks, 33, di Ibiza hujung minggu lalu.

“Hari ini kami mengumpulkan keluarga kami untuk meraikan majlis yang menandakan permulaan kepada lebih banyak keraian,” kata Celina.

Lagenda bolasepak Brazil berkahwin kali ketiga dengan pasangannya Celina Locks di Ibiza minggu lalu

Ronaldo dan Celina mengumumkan pertunangan mereka pada Januari selepas legenda Samba itu melamarkanya ketika bercuti di kepulauan Caribbean.

Ia adalah perkahwinan ketiga Ronaldo, yang sebelum ini pernah berkahwin dengan Milene Domingues dan Daniela Cicarelli.

Pemenang Piala Dunia sebanyak dua kali itu memiliki kelab Sepanyol, Real Valladolid dan Cruzeiro di Brazil.

Dia yang memiliki dua gelaran Ballon d’Or itu pernah membintangi Real Madrid, Barcelona, Inter dan AC Milan. – (Sumber Berita Harian Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles