fbpx

Juara 33 kali tewas suku akhir Piala Malaysia

PETALING JAYA: Juara 33 kali, Selangor FC tersingkir daripada saingan Piala Malaysia musim ini apabila tumpas secara agregat 3-1 kepada Terengganu FC di peringkat suku akhir.

Dalam aksi timbal balik sebentar tadi, Selangor terikat 1-1 dengan Terengganu, sekali gus menyaksikan pasukan skuad Sang Penyu mara ke peringkat separuh akhir.

Terengganu hadir ke Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) malam ini dengan bekalan dua jaringan selepas menang 2-0 dalam perlawanan pertama pada 16 September lalu.

Selangor turun dengan misi mencari gol awal bagi memadam kelebihan dimiliki Terengganu, mereka mengasak kubu lawan dengan beberapa gerakan dan percubaan sejak wisel permainan dibunyikan.

Ivan Mamut antara watak penting ketika Terengganu menewaskan Selangor 3-1 secara agregat pada Suku Akhir Piala Malaysia _ (Sumber Gambar FB MFL)

Bagaimanapun, skuad kendalian Tan Cheng Hoe gagal memecah kebuntuan biarpun dihidangkan dengan beberapa peluang terbaik untuk menggegarkan jaring pelawat.

Sebaliknya, Terengganu berjaya menambah derita Selangor apabila Ivan Mamut menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-24 selepas Safuwan Baharudin menjatuhkan Nor Hakim Hassan.

Safuwan bagaimanapun menebus kesilapannya apabila menanduk masuk bola sepak penjuru Faisal Halim pada minit ke-69 untuk merapatkan jurang agregat jaringan menjadi 3-1.

Bagaimapun, jaringan berkenaan tidak cukup untuk menyelamatkan naib juara Piala Malaysia musim lalu itu daripada tersingkir di peringkat suku akhir.

Situasi agak tegang selepas wisel penamat dibunyi apabila Yazan Al Arab dilayangkan kad merah selepas mempertikaikan keputusan pengadil, Mohd. Hasrol Mohd. Amir.

Terengganu akan berdepan Kuala Lumpur City (KL City) FC di peringkat separuh akhir selepas skuad Warga Kota itu berjaya menumpaskan Sri Pahang dengan agregat 2-1 dalam perlawanan petang tadi.-(Sumber Utusan Malaysia Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles