Pelakon dan pengarah Majed Salleh meninggal dunia

Kuala Lumpur: Pengarah dan pelakon, Majed Salleh, 65, meninggal dunia pada Subuh pagi ini di Hospital Selayang selepas mendapatkan rawatan akibat masalah jantung sejak dua minggu lalu.

Berita sedih itu yang disahkan isteri Allahyarham, Nur Shida Mohd Zikir, 43, turut dikongsikan adik iparnya penyanyi juga pelakon, Shiha Zikir di Instagram yang memohon orang ramai sedekahkan Al Fatihah kepada arwah.

“Abang ipar Shiha, Abdul Majed Mohd Saleh telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

“Mohon sedekahkan Al Fatihah buat almarhum, semoga diampunkan segala dosa-dosanya dan tergolong bersama golongan beriman. Amin ya Allah,” tulisnya pada hantaran dimuat naik.

Majed Salleh pernah berlakon dalam siri Gerak Khas

Rata-rata warga maya pada kalangan selebriti dan peminat Shiha mengucapkan takziah serta berdoa agar mereka sekeluarga kuat berhadapan dugaan besar di atas kehilangan insan tersayang.

Sementara itu, Nur Shida berkata, arwah suaminya disahkan meninggal dunia disebabkan komplikasi jantung yang mengakibatkan kegagalan organ buah pinggang dan hati.

Menerusi laporan Harian Metro sebelum ini, Nor Shida memaklumkan Allahyarham Majed pernah dikejarkan ke wad kecemasan di Hospital Selayang pada 17 Julai lalu kerana keadaan jantung yang lemah dan badan juga bengkak.

Malah, keadaan pengarah drama Gerak Khas dan Metro Squad ini turut dilaporkan kritikal apabila fungsi jantungnya tinggal 25 peratus sahaja.

Bagaimanapun, difahamkan arwah sudah menjalani pembedahan perentak jantung (alat elektronik atau bateri yang dipasang untuk mengawal degupan jantung) di Hospital Serdang, sebulan yang lalu. (Sumber Utusan Malaysia Online)

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles