fbpx

Liverpool tewaskankan kelab Union Saint-Gilloise

LIVERPOOL: Jurgen Klopp menegaskan, kekalahan kepada Tottenham sudah ‘berlalu’ selepas melihat Ryan Gravenberch menjaringkan gol pertamanya untuk Liverpool ketika menundukkan Union Saint-Gilloise 2-0 dalam Liga Europa di Anfield awal pagi tadi.

Gravenberch memanfaatkan kesilapan penjaga gol Union, Anthony Moris untuk melakukan penyudah dari jarak dekat sejurus sebelum rehat selepas.

Diogo Jota meledak gol kedua pada masa kecederaan ketika Reds meletakkan kontroversi Video Bantuan Pengadil (VAR) pada Sabtu lalu di belakang mereka.

Mohd Salah meraikan gol Liverpool Ketika menang 2-0 ke atas Union Saint-Gilloise

Ditanya mengenai tindak balas Jota yang turut terbabit dalam kontroversi di Tottenham apabila dilayangkan kad merah, Klopp berkata: “Bagaimana dia menanganinya? Saya tahu ia sukar.

“(Perlawanan) itu sudah berlalu dan kami telah mengatasinya. Diogo juga telah melupakannya. Kami bukan kanak-kanak.”

Pada malam yang tenang di Anfield, Liverpool berjaya mengatasi pendahulu liga Belgium, Union walaupun mempamer prestasi di bawah par.

Mereka kini menduduki tangga teratas Kumpulan E selepas meraih mata enam mata maksimum daripada dua perlawanan pertama.

Kelab Perancis, Toulouse di tempat kedua dengan empat mata, sementara Union dan LASK Linz di belakang mereka.

Jurgen Klopp anak buahnya sepatutnya gembira Ketika menang perlawanan malam tadi dan dapat melupakan insiden kekalahan akibat VAR

Kata Klopp, dia gembira melihat semua pemainnya menamatkan permainan tanpa kecederaan selepas Curtis Jones dan Jota digantung di Tottenham, manakala Cody Gakpo cedera dalam perlawanan itu.

Selepas kekalahan kontroversi kepada Tottenham, Liverpool mahu kembali ke landasan dalam Liga Perdana Inggeris dengan bertandang ke Brighton pada Ahad ini. – (Sumber Utusan Malaysia Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles