SMEG hanya pembalut logo, bukan original – Syamimia

PETALING JAYA – Pempengaruh media sosial, Syamimia mendedahkan dia hanya menempah khas pembalut serta logo jenama mewah, SMEG semata-mata untuk dipasang pada peti ais di rumahnya.

Syamimia menerusi satu temu bual di sebuah program realiti baru-baru ini memaklumkan peti ais di rumahnya hanyalah sebuah jenama tempatan dan bukanlah berharga puluhan ribu ringgit seperti mana yang diperdebatkan netizen.

“Itu sebenarnya bukan peti ais SMEG, bila orang terlampau suka bercakap tentang kehidupan orang, buat spekulasi sebab itu saya ‘cool’ sahaja, itu bukan SMEG.

“Saya beli peti ais itu jenama tempatan yang dibeli pada 2021 lagi, lepas itu kita kreatif, orang otak seni ini kreatif dan saya cuba dapatkan pereka tempatan dan minta dia buat ‘emblem’ SMEG dan saya ukur betul-betul supaya nampak sama macam SMEG yang sebenar,” dedahnya.

Syamimia memberitahu peti ais SMEG hanyalah pembalut dan logo bukan peti ais SMEG sebenar

Pendedahan wanita itu ternyata mendapat kecaman ramai apabila rata-ratanya menyifatkan dirinya sebagai seorang yang mengejar populariti.

“Viral sebab duduk PPR (Program Perumahan Rakyat) pakai peti ais SMEG. Rupanya beli peti ais laik tampal jenama SMEG. Makin viral la nampaknya kes dia ni,” kata seorang pengguna.

“Sebab itu jangan mudah percaya sangat influencer ini. Banyak yang tipu dari betul. Sama la tang tunjuk duit kepul-kepuk sebenarnya gambar ‘google’,” perli pengguna lain.

Terdahulu, Syamimia menjadi tular dalam kalangan pengguna media sosial apabila menerima kecaman hebat netizen kerana menggunakan perabot serta barangan berjenama mewah walaupun menetap di sebuah flat PPR.

Keadaan tersebut dapat dilihat menerusi kandungan video memasak dan mengemas rumah yang dimuat naiknya di akaun TikTok. – (Sumber Kosmo Online)

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles