Jovian mengaku telah bercerai dengan Nina Ismail Sabri sejak Ogos

KUALA LUMPUR: Pereka fesyen, Datuk Jovian Mandagie mengumumkan dia dan isterinya, Nina Ismail Sabri sudah bercerai sejak Ogos lalu.

Memaklumkan menerusi Instagram (IG) lebih kurang sejam lalu, Jovian berkata, dia dan Nina yang juga anak bekas Perdana Menteri Ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu berpisah secara baik.

“Ada perkahwinan istimewa yang tercipta untuk seumur hidup, tapi perkahwinan kami berkembang menjadi persahabatan seumur hidup.

“Pada Ogos lalu, kami bersetuju menamatkan ikatan perkahwinan yang berusia 10 tahun kerana kami percaya itu adalah jalan yang terbaik.

“Rasa kasih sayang kami kepada ibu bapa dan keluarga tak pernah berubah. Kami percaya Allah adalah sebaik-baik perancang.

“Selepas beberapa dekad, anda menjadi sebahagian draipada perjalanan kami, kami sentiasa ingat kenangan itu. Sokongan anda kepada #Jovianina tidak ternilai dan kami berharap sokongan itu akan berterusan,” tulisnya.

Jovian mengumumkan ikatan perkahwinan yang dibina sejak 10 tahun lalu terpaksa dilepaskan pada bulan Ogos lalu

Jovian yang akan meraikan ulang tahun perkahwinan ke-10 pada 11 Disember itu turut menyatakan perasaan terharu atas sokongan dan kata-kata positif dari pengikutnya di laman sosial, justeru merasakan berita itu perlu dikongsikan.

“Semalam, kami adakan sesi secara langsung di TikTok dan kami tersentuh dengan komen mengenai rumah tangga kami.

“Kami rasa adalah penting untuk kami kongsikan dengan anda semua.

“Sementara berita ini tidak dijangka, percayalah kami dalam keadaan yang baik. Apa juga yang anda saksikan di media sosial sejak empat bulan lalu adalah benda yang nyata.

“Kami tidak mungkin akan membenci antara satu sama lain memandangkan kami pernah berkongsi hidup selama hampir sedekad.

“Terima kasih untuk doa dan sokongan anda untuk babak baharu kehidupan kami ini,” katanya.

Jovian dan Nina Sabrina berkahwin pada 11 Disember 2013.

Pasangan itu dikurniakan cahaya mata perempuan, Jeanelle Nika Mandagie yang kini berusia enam tahun. (Sumber Berita Harian Online)

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles