fbpx

Pegawai Tinggi Polis dituduh bunuh Zaharif

IPOH: Pegawai kanan polis yang terbabit dalam kejadian pelajar Tingkatan 5 yang maut akibat dilanggar kereta berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati dekat Meru, di sini, dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Ipoh, di sini, pagi ini.

Tertuduh, Mohd Nazri Abdul Razak, 44, yang tiba di mahkamah dengan tangannya digari dari belakang, mengenakan baju T warna putih berseluar hitam memahami pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret S Punitha.

Pertuduhan dikendalikan oleh sepasukan lapan Timbalan Pendakwa Raya yang diketuai oleh Azlina Rasdi; Khairul Azreem Mamat; Afzainizam Abdul Aziz; Saiful Akmal Mod Said; Nasrul Hadi Abdul Ghani; J S Geetha; Low Qin Hui, dan Wan Azimah Yaacob.

Petugas media terpaksa berkumpul di perkarangan mahkamah kerana tidak dibenarkan untuk membuat liputan

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, di Jalan Taman Jati 1, berhampiran SMK Jati, dalam daerah Kinta, di sini, antara jam 12.05 tengahari hingga 12.40 tengah hari 15 Disember lalu.

Kesalahan itu memperuntuk hukuman mati, atau penjara minimum 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun, dan jika tidak dihukum mati hendaklah juga dihukum dengan tidak kurang daripada 12 sebatan.

Tertuduh yang berpangkat deputi superintendan dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah itu diwakili peguam, Jacky Loi Yap Loong dari TY Teh & Partners.

Keluarga terdekat mangsa termasuk abang, Zarul Fitri Muhd Zamrie, 29, selain bapa saudara, Abdul Razak Judin, 48; turut berada dalam kamar mahkamah sama ketika pertuduhan dibacakan ke atas Mohd Nazri.

Tiada jaminan ditawarkan. Azlina memohon tarikh 7 Februari 2024 bagi sebutan semula kes sementara menunggu beberapa laporan termasuk laporan kimia tertuduh.

Mahkamah membenarkan tarikh 7 Februari itu bagi kes disebut semula. (Sumber Berita Harian Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles