48 orang terkorban akibat gempa bumi Jepun

TOKYO: Jumlah kematian akibat gempa bumi di bahagian tengah Jepun kini mencecah 48 orang.

Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida berkata, pasukan penyelamat melawan masa apabila jumlah kematian akibat siri gempa bumi kuat melanda tengah negara itu semakin meningkat.

“Mencari dan menyelamat mereka yang terjejas oleh gempa bumi adalah pertempuran melawan masa,” kata Kishida.

Beliau menambah bahawa pasukan penyelamat sukar untuk sampai ke hujung utara semenanjung Nato kerana jalan raya yang rosak.

Katanya, tinjauan helikopter menemukan banyak kebakaran dan kerosakan yang meluas.

Gempa bumi bermagnitud 7.6 menggemparkan Jepun pada petang semalam merosakkan bangunan dan jalan raya yang turut mendorong negara itu mengeluarkan amaran tsunami di sepanjang pantai.

Antara rumah yang mengalami kerosakan akibat gempa bumi Jepun

Amaran tsunami kemudiannya ditarik balik pada awal pagi hari ini.

Menurut pegawai kerajaan, seramai 48 orang disahkan maut di wilayah Ishikawa di pulau tengah utama Honshu. 

Manakala 16 yang lain cedera parah manakala kerosakan pada rumah sangat besar sehingga tidak dapat dinilai dengan segera.

Beribu-ribu anggota tentera, bomba dan pegawai polis dihantar ke kawasan yang paling teruk terjejas di semenanjung Noto yang agak terpencil.

Agensi Meteorologi Jepun (JMA) berkata, lebih banyak gempa bumi boleh melanda kawasan itu sepanjang minggu depan, terutama dua atau tiga hari akan datang.- (Sumber Utusan Malaysia Online)

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles