Kuala Lumpur: “Perkahwinan itu sudah terjadi, apa lagi yang adik saya (Misya) boleh buat?” kata kakak kepada Umisya Mazlan atau Misya iaitu Nadiah Mazlan megenai status perkahwinan adik iparnya, Aslam dengan Marissa Dania Hakim yang juga anak kepada pasangan selebriti, Norman Hakim dan Abby Abadi.
Nadiah ketika dihubungi berkata, Aslam dan Marissa berkahwin di Songkhla, Thailand pada 27 Disember lalu.
Menurut Nadiah, dia tidak menyangka adik iparnya itu akan memadukan adiknya apatah lagi dibuat tanpa pengetahuan Misya dan keluarga.
“Misya dan keluarga dapat tahu pun selepas dimaklumkan sendiri oleh Aslam,” katanya.
Marissa pada September tahun lalu didakwa sebagai orang ketiga dalam rumah tangga Aslam dan Misya sehingga mereka bercerai.
Ketika itu kecoh di media sosial apabila Misya yang juga ibu kepada dua orang cahaya mata tampil membongkar dakwaan kisah kecurangan suaminya dengan Marissa di aplikasi X. (Sumber Harian Metro Online)