fbpx

Tabung Haji pertingkatkan keselamatan akaun pendeposit

MELAKA – Lembaga Tabung Haji (TH) diarah mempertingkatkan kawalan keselamatan ke atas akaun pendeposit bagi mengelak wang daripada akaun simpanan dipindah tanpa kebenaran.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd. Na’im Mokhtar berkata, TH sentiasa mengambil pendekatan terbaik dalam memastikan keselamatan wang pendeposit terjamin.

Menurutnya, arahan itu dibuat ekoran berlakunya kejadian pendeposit kehilangan sejumlah wang yang didakwa dipindah tanpa kebenaran pada 20 Februari lalu.

Tabung Haji sentiasa mengambil pendekatan terbaik dalam memastikan keselamatan wang pendeposit terjamin

“TH telah beri jaminan akan memastikan keselamatan akaun pendeposit tidak mudah diceroboh, namun kita tidak mampu lakukan ini sekiranya pendeposit TH tidak mengambil pendekatan berhati-hati.

“Bila masyarakat bersikap berhati-hati dan TH perkukuhkan keselamatan, saya percaya ia dapat mengelak daripada mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab mengambil wang simpanan pendeposit,” katanya selepas merasmikan Konvensyen Baitulmal Kebangsaan 2024 di sebuah hotel di Banda Hilir di sini, hari ini.

Terdahulu, seorang bilal masjid berputih mata apabila wang berjumlah RM12,000 dalam akaun TH miliknya didakwa dipindah tanpa kebenaran pada 20 Februari 2024.-(Sumber KOSMO! ONLINE)

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles