Pertubuhan  Penawar,  Silat Lincah, IKUT semarak program berbuka puasa Masjid Pekan Permatang Pauh

PERMATANG PAUH – Gabungan tiga pertubuhan bukan kerajaan yang bekerja sama dengan pengurusan Masjid Pekan Permatang Pauh di sini menjadikan program berbuka puasa lebih bermakna.

Program yang disertai lebih 300 orang  itu  turut meraikan beberapa mualaf yang menjalani puasa Ramadan tahun ini  sebagai pengalaman baharu dalam hidup mereka.

Pertubuhan Penawar Bersatu Malaysia (PENAWAR), Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia Pulau Pinang (PSSLMPP) dan Persatuan Infaq Kebajikan Umah Takaful Pulau Pinang (IKUT) turut menyampaikan sumbangan berupa beras kepada 30 orang ahli-ahli pertubuhan berkenaan termasuk kariah masjid.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Permatang Pasir, Amir Hamzah Abdul Hashim (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan beras di Masjid Pekan Permatang Pauh sambil diperhatikan oleh Zulkifli Abdul Aziz (tiga dari kanan) dan Zolkifly Md. Lazim (dua dari kiri).

Presiden PENAWAR, Datuk Dr. Zulkifli Abdul Aziz berkata, sumbangan berupa beras itu bagi menghargai peranan ahli=ahli pertubuhan itu.

“Program ini juga bagi mengeratkan kerjasama PENAWAR dengan Pertubuhan Silat Lincah, IKUT serta kariah masjid selain kita dapat berkongsi rezeki dalam bulan yang mulia ini,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya turut mengadakan program yang sama di beberapa buah masjid sekitar Pulau Pinang.

Pada program berkenaan, seorang lelaki Chew Seng Ung, 74, melafazkan dua kalimah syahadah untuk memeluk Islam yang dipimpin oleh Pengerusi Masjid Pekan Permatang Pauh,  Arif Alwi Suhaimi Arif.

Dua orang usahawan dari Perak iaitu Mohamed Yunus Abdullah dan Zulkefli Abu Bakar tampil menjadi saksi kepada majlis syahadah itu.

CHEW SENG UNG (duduk, dua dari kiri) mengucapkan syahadah yang dipimpin Arif Alwi Suhaimi Arif (duduk, kanan) sambil disaksikan oleh Mohamed Yunus Abdullah (berdiri, kiri) dan Zulkefli Abu Bakar (berdiri, dua dari kiri).

Sementara itu, Presiden PSSLMPP yang juga Penaung IKUT, Zolkifly Md. Lazim berkata, penglibatan pertubuhan silat lincah dalam program itu antara lain bertujuan meluaskan pembabitan dalam kerja-kerja amal dan sukarela.

“Kami mahu pertubuhan silat lincah ini dekat dengan semua peringkat masyarakat.

“Malah jika boleh ilmu seni silat lincah ini dapat dikongsi bersama oleh masyarakat setempat,” katanya.

ZULKIFLI ABDUL AZIZ (kanan) beramah mesra dengan anak-anak ahli silat lincah yang menyertai program berbuka puasa.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles