PENYERANG Sweden, Zlatan Ibrahimovic meramalkan Argentina akan memenangi perlawanan akhir Piala Dunia Qatar 2022.
Pemain AC Milan itu menambah: (Lionel) Messi akan menjulang trofi, ia sudah tertulis.
“Saya rasa sudah tertulis siapa yang akan menang. Anda tahu siapa yang saya maksudkan…
“Saya rasa (Lionel) Messi akan menjulang trofi, ia sudah tertulis,” kata Ibrahimovic kepada pemberita menjelang final Piala Dunia antara Argentina dan Perancis sejurus selepas Perancis menyingkirkan Maghribi pada separuh akhir.
Penyerang berusia 41 tahun percaya kemenangan Messi bersama Argentina seperti telah ditakdirkan.
Ibrahimovic dan Messi pernah bermain bersama di Barcelona antara tahun 2009 hingg 2011, sebelum Ibrahimovic berpindah ke Itali untuk menandatangani kontrak pertamanya dengan Milan.
Kehangatan perlawanan akhir itu semakin memuncak apabila para peminat turut membaut ramalan masing-masing.
Pengguna TikTok berkongsi ramalan menggunakan anjing, kucing, penyu, helang dan ikan mereka.
Kebanyakan haiwan itu meramalkan Argentina akan muncul pemenang Piala Dunia 2022.
Sama ada Argentina atau Perancis, pemenangnya akan menjulang Piala Dunia buat kali ketiga dalam sejarah.
Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan, sotong kurita bernama Paul the Octopus menjadi terkenal kerana meramalkan pemenang yang tepat.
Pada perlawanan akhir, dia memilih Sepanyol sebagai pemenang mengatasi Belanda.