fbpx

Akuarium gergasi pecah akibatkan 1,500 ikan bertaburan, 2 orang cedera

BERLIN – Kira-kira 1,500 ikan bertaburan di lobi sebuah hotel di sini selepas sebuah akuarium gergasi dilaporkan pecah awal pagi semalam.

Menurut jurucakap jabatan bomba Berlin, akuarium AquaDom berbentuk silinder setinggi 14 meter itu pecah sekitar jam 5:50 pagi (waktu tempatan).

“Sejuta liter air dan semua ikan di dalamnya mengalir ke tingkat bawah kompleks hotel yang menempatkan akuarium itu,” menurut jabatan bomba.

Kejadian yang mengeluarkan bunyi dentuman kuat turut mengejutkan tetamu di hotel Radisson Blu itu.

Dua orang mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke hospital.

Sementara itu, Datuk Bandar Berlin, Franziska Giffey, berkata ia umpama tsunami dan bernasib baik kejadian orang masih belum ramai di situ.

Keadaan lokasi kejadian akuarium gergasi pecah di Berlin.

“Walaupun kemusnahan dahsyat, tetapi kami bernasib baik orang ramai tidak cedera parah,” katanya.

Bagaimanapun, bomba melaporkan hanya beberapa dozen ikan berjaya diselamatkan dan dibawa ke akuarium bersebelahan.

AquaDom, yang dibuka pada tahun 2004, menjadi tarikan pelancong di ibu negara Jerman.

Ia terletak di ruang legar sebuah hotel Radisson Blu dan mempunyai lif berdinding jernih yang dibina di dalamnya untuk digunakan oleh pengunjung ke kompleks riadah Sea Life.

Menurut laman web Sea Life, AquaDom ialah akuarium berbentuk silinder terbesar di dunia.

Ia dibuka semula pada musim panas ini selepas pengubahsuaian selama dua tahun yang menelan belanja sekitar AS$2.7 juta (RM11 juta). – AFP

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles