105 rumah roboh dipukul ombak

SANDAKAN – Lebih 200 mangsa terjejas selepas 105 buah rumah roboh dipukul ombak susulan fenomena air laut pasang besar di dua kampung di Sandakan, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, ia membabitkan Kampung Forest dan Kampung Tinusa Dua.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah memaklumkan, dianggarkan 100 rumah roboh di Kampung Forest, manakala 500 rumah lain turut terancam dalam kejadian berkenaan.

“Lima rumah turut roboh di Kampung Tinusa Dua dan 20 lagi dilaporkan terancam.

“Namun, tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian itu,” katanya.

Sementara itu, Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah berkata kejadian itu membabitkan lebih 200 mangsa daripada 96 keluarga.

“Semua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Kebangsaan (SMK) Sungai Anib Dua.

“Namun, pecahan mangsa belum dikenal pasti dan proses pemindahan masih dijalankan,” katanya.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles