KUALA LUMPUR – Pegawai perkhidmatan awam dan pesara kerajaan akan menerima Bantuan Khas Kewangan 2023 pada 17 Januari depan.
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam satu kenyataan berkata, bayaran Bantuan Khas RM700 akan dibayar kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Gred 56 dan ke bawah.
Katanya, Bantuan Khas RM350 akan dibayar kepada pesara kerajaan yang sedang menerima pencen dan penerima pencen terbitan.
Turut menerima Bantuan Khas RM350 adalah pesara perkhidmatan awam Skim KWSP serta veteran berpencen dan tidak berpencen.
JPA memaklumkan, mana-mana pihak yang mempunyai pertanyaan boleh berhubung melalui e-mel di alamat bkk@jpa.gov.my.