LRT laluan Kelana Jaya rosak, operasi tren terganggu, lewat

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya, mengalami kelewatan akibat gangguan suis petang tadi.

Rapid Rail memaklumkan, kejadian gangguan pertama pada jam 4.24 petang, menyebabkan tren terpaksa dipandu secara manual di antara Stesen KL Sentral dan Pasar Seni.

“Pasukan teknikal sudah berada di lokasi dan kerja-kerja baik pulih telah selesai pada jam 5.20 petang. Gangguan kedua berulang di antara Stesen Damai dan Dato’ Keramat pada jam 5.26 petang.

“Pada masa ini, kakitangan teknikal sedang giat menjalankan kerja-kerja baik pulih dan akan memastikan operasi kembali normal pada kadar segera,” kata kenyataan itu.

Masalah berkenaa menyebabkan semua tren bergerak perlahan dan berhenti lebih lama di platform.

Bagi mengurangkan kesesakan di stesen, perkhidmatan bas perantara percuma disediakan di antara Stesen KLCC, Ampang Park, Damai, Dato’ Keramat, Jelatek dan Setiawangsa.

Pengguna dinasihatkan merancang perjalanan masing-masing serta melayari laman media sosial Rapid KL untuk mendapatkan maklumat berkenaan status perkhidmatan terkini.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles